BOLA SEPAK MSIA

Kelayakan Piala Asia: Saya mahu berikan segalanya buat negara kita --Hector Hevel

Stadium Astro
Muzaffar Musa
26/03/2025
02:46 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Asia: Saya mahu berikan segalanya buat negara kita --Hector Hevel
Perancang baru Harimau Malaya, Hector Hevel, berkata dia mahu melakukan segala-galanya buat Malaysia selepas menandakan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya dengan jaringan pembukaan ketika menewaskan Nepal 2-0 malam tadi.
Dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu, Hevel membuka jaringan negara dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-29 sebelum Corbin Ong menggandakan kelebihan itu pada minit ke-70.
Hevel berkata dia hanya memiliki tempoh seminggu untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan mujur pemain-pemain lain dan staf kejurulatihan banyak membantunya menyesuaikan diri di Malaysia.
"Rakan sepasukan, staf dan semua orang banyak membantu ketika saya tiba di sini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Saya perlu menyesuaikan diri kerana saya hanya ada enam atau tujuh hari sebelum perlawanan.
"Saya perlu segera menyesuaikan diri dan sentiasa bercakap dengan rakan sepasukan, di mana mereka banyak membantu, jadi saya dapat menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin.
"Saya ada maklumat mengenai Malaysia, tentang projek hebat yang sedang dirancang negara ini.
"Saya tahu mereka ada sasaran, saya mahu membantu mencapainya dan saya mahu memberikan segalanya buat negara kita," katanya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video