Penyerang legenda Harimau Malaya, Safee Sali, menitipkan azimat buat 29 pemain negara yang dipanggil menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di laman lawan itu pada Khamis ini.
Antara nama-nama yang menarik perhatian Safee dalam panggilan kali ini tentunya Jordan Mintah, yang dicanang akan mencipta impak dalam penampilan pertamanya bersama skuad negara.
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mengekalkan 22 pemain daripada skuad yang menewaskan Singapura dan Palestin bulan lalu.
Seperti dijangka, Harimau Malaya akan beraksi tanpa tujuh pemain warisan, iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero, yang dikenakan hukuman penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Atas dasar itu, penyenaraian penyerang berbisa Kuching City, Mintah, diharapkan mampu menjadi nilai tambah di jentera serangan Harimau Malaya.
Mintah dipanggil ke kem latihan pusat, yang akan bermula Isnin ini, atas kapasiti pemain naturalisasi selepas proses dokumentasinya selesai pada Ogos lalu.
Safee, yang pernah menjadi pemilik jersi nombor 10 negara, punya alasan tersendiri untuk menaruh keyakinan terhadap kualiti pemain itu, yang akan dilengkapkan dengan gandingan bakat tempatan.
"Saya rasa penyenaraian Jordan Mintah dalam panggilan skuad kebangsaan kali ini akan memberikan idea baru atau semangat baru buat jurulatih, Peter Cklamovski," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Bagi saya, dia telah membuktikan kemampuannya bersama Kuching City dalam Liga Super. Dia memiliki senjata yang tidak boleh dipandang remeh. Saya sendiri berharap dia dapat membantu pasukan Harimau Malaya.
"Saya gemar menyaksikan gerakannya kerana dia bijak mengambil peluang dan berada di tempat yang sesuai untuk menjaringkan gol.
"Dia bukan pemain laju atau memiliki fizikal yang tegap berbanding pemain lain tetapi dia ada naluri bola sepak yang lebih tinggi berbanding pemain tempatan, jadi saya kira dia akan membutikan yang dia layak untuk berada dalam pasukan Harimau Malaya kita."