Pemain tengah Vietnam, Nguyen Hai Long, tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab pertama bertemu Malaysia menjelang kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun ini.
Hai Long berkongsi keterujaannya semakin ketara sebaik menjejakkan kaki buat kali pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) atas tugasan bertemu Manchester United ketika menyarung jersi ASEAN All-Stars, Rabu lalu.
"Bukan mudah untuk menghadapi Malaysia.
"Kami pelru patuhi perancangan jurulatih dan sangat teruja untuk menang," katanya.
Kelincahan Hai Long melakukan asakan merbahaya ke kubu United, seterusnya mencuri tumpuan lebih 75,000 penyokong yang hadir ke stadium.
Dalam masa yang sama, Hai Long seolah-olah sedang menghantar isyarat tugasan barisan pertahanan kendalian Peter Cklamovski, dan 10 hari dari sekarang bukan satu tugasan mudah.
"Saya tidak mempunyai pengalaman bertemu Malaysia lagi tetapi kami mahu mengutip tiga mata di sini," katanya.