Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Nepal lancar perang psikologi ke atas Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) kelihatan melakukan kesilapan menerusi sebuah poster yang dikirimkan di laman sosial mereka menjelang aksi menentang Malaysia bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri pada selasa ini.

Dalam poster yang mempromosikan perlawanan persahabatan menentang Singapura dan aksi berdepan Malaysia itu, mereka meletakkan gambar kapten negara, Dion Cools, dengan seragam skuad kebangsaan Belgium.

Tidak dapat diketahui sama ada ia kesilapan yang disengajakn atau tidak tetapi ANFA kemudian menukar poster berkenaan dengan poster baru dengan Cools berseragam Harimau Malaya.

Sebagai rekod, Cools, 28, pernah mewakili skuad Belgium B-18, B-19 dan B-21 sebelum memilih mewakili Malaysia di peringkat senior.




Advertisement

Must Watch Video