Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Nepal dah panaskan badan sebelum bertemu Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal-football.png
Nepal berterima kasih kepada jaringan lewat Ananta Tamang yang membantu mengikat Bangladesh dalam perlawanan persahabatan sebelum bertemu Malaysia minggu hadapan.

Sebagai persediaan menghadapi Malaysia dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027, Nepal memilih Bangladesh untuk menjadi medan pemanas badan sebelum terbang ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan ranking, Nepal dilihat memiliki kelebihan pada aksi ini apabila menghuni tangga ke-180 dunia berbanding Bangladesh yang berada di kedudukan ke-183 dunia ketika ini.

Kesebelasan utama Nepal dibarisi nama-nama seperti Kiran Chemjong, Laken Limbu dan Rohit Chand manakala bintang Leicester City, Hamza Choudhury mengetuai cabaran hebat Bangladesh.

Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh Nepal terlebih dahulu pada minit ke-29 menerusi rembatan bekas pemain T-Team, Rohit Chand yang gagal diselamatkan penjaga gol Bangladesh, Mitul Marma.

Kelebihan satu jaringan tersebut berjaya dipertahankan oleh Nepal hingga babak pertama berakhir meskipun tuan rumah berusaha mengasak hasil gandingan Mohammed Fahim dan Rakib Hossein.

Usaha berterusan Bangladesh akhirnya membuahkan hasil apabila Hamza Choudhury mencetak gol penyamaan pada minit ke-47 apabila sepakan gunting Choudhury terus menerjah jaring.

Tidak lama kemudian, Hamza Choudhury meletakkan tuan rumah di hadapan 2-1 menerusi sepakan penalti yang juga jaringan peribadi kedua beliau dalam perlawanan di Dhaka ini.

Hasrat Bangladesh untuk menewaskan Nepal bagaimanapun tidak kesampaian apabila Ananda Taming muncul wira The Gorkhalis dengan gol penyamaan ketika permainan hampir tamat.

Selepas ini, Nepal akan terbang ke Kuala Lumpur untuk aksi kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia manakala Bangladesh pula bertemu India dalam perlawanan kumpulan C.

Kredit: MakanBola
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video