Skuad bola sepak wanita negara berada dalam landasan terbaik untuk mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia selepas mencatatkan dua keputusan positif dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dubai.
Malayan Tigress dalam kem latihan pusat di Dubai bagi persiapan menghadapi kempen 2026 di Dushanbe, Tajikistan yang akan bermula 29 Jun hingga 5 Julai ini.
Pasukan bimbingan Joel Cornelli itu sekali lagi berjaya membenam Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 dalam aksi tertutup menandakan rekod bersih pertemuan membabitkan pengendali baharu itu.
Sebelum ini, kem kebangsaan yang diketuai Steffi Sidhu itu juga berhasil memenangi permainan dengan jaringan 3-1.
Namun, ujian sebenar bakal hadir apabil Palestin, Tajikistan dan Korea Utara sebagai halangan yang diundi dalam Kumpulan H.
Mengikut format yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hanya johan kumpulan akan mara ke pusingan akhir.
Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.

?️INTERNATIONAL WOMEN'S FRIENDLY MATCH (22/6)
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 23, 2025
FT : UAE ?? 0️⃣ - 2️⃣ ??Malaysia #FAM pic.twitter.com/pNbLnrnDJX