Malaysia meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Tajikistan dalam aksi kedua Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 awal pagi tadi.
Setelah menewaskan Palestin dalam aksi sulung kumpulan H, pasukan wanita Malaysia turun membawa misi mencatat kemenangan kedua bagi memastikan tiket ke Piala Asia tetap menyala.
Manakala lawan Malaysia, Tajikistan yang beraksi di hadapan penyokong sendiri memasang impian besar bagi bangkit dari kekalahan 0-10 di tangan Korea Utara pada aksi pertama lalu.
Ketua jurulatih Malayan Tigress, Joel Cornelli, mengekalkan khidmat Steffi Sarge, Ainsyah Murad dan Azurin Mazlan dalam kesebelasan utama selaku tonggak utama pasukan.
Permainan seimbang dalam separuh masa pertama dan tiada jaringan berjaya terhasil dalam tempoh 45 minit pertama.
Malaysia menggandakan usaha untuk memecah kebuntuan jaringan dan saat yang dinanti-nantikan skuad negara hadir pada penghujung permainan apabila hantaran Intan Sarah ditanduk kemas oleh Henrietta Justine yang baru dimasukkan sekaligus menjadi gol kemenangan skuad negara.
Perlawanan di Stadium Central, Dushanbe berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Malaysia.
Ujian getir menanti skuad Malayan Tigress dalam perlawanan terakhir kumpulan H apabila wajib menumpaskan pasukan di ranking ke-9 dunia, Korea Utara untuk ke Piala Asia Wanita.

Keputusan Masa Penuh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 2, 2025
Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 • Rabu, 2 Julai 2025
TAJIKISTAN ?? 0-1 ?? MALAYSIA
⚽️ Henrietta Justine 90’+1’#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/LCerDSWQoZ