Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Malaysia berpotensi raih mata maksimum -- pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asmawi-pakar.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, menganggap Malaysia kini memiliki peluang terbaik untuk mengutip mata maksimum menjelang tiga perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober dan November depan.

Ini selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dipilih sebagai venue perlawanan di antara Nepal dan Malaysia pada 18 November depan berikutan ketidaksediaan venue pasukan tuan rumah berkenaan.

Sebelum menghadapi Nepal, Malaysia terlebih dahulu akan berdepan Laos di tempat lawan pada 9 Oktober ini sebelum beraksi di laman sendiri menentang lawan sama lima hari berselang.

Harimau Malaya akan menamatkan saingan peringkat kelayakan itu dengan menentang Vietnam di laman lawan pada Mac tahun depan.

"Sudah tentu kita sudah boleh membuat persediaan awal dan merancang pungutan mata di laman sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kalau kita lihat, kita kini sudah ada enam mata menuju ke angka sembilan, kalau boleh saya mahu kita mendapatkan mata penuh untuk kesemua perlawanan, termasuk kemenangan ke atas Vietnam di laman mereka.

"Selain daripada mata, perkiraan menang di tempat lawan, menang di tempat sendiri, jaringan dan bolos juga perlu diambil kira.

"Jadi, dengan kekuatan individu, terutama di bahagian serangan, kita perlu meletakkan sasaran jumlah jaringan sewaktu menentang Laos dan Nepal dan tidak boleh bolos, di mana kita tidak akan berdepan masalah sekiranya kesemua pemain utama dapat diturunkan."

Advertisement

Must Watch Video