Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Luqman Hakim tambah nilai Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-hakim-arif-aiman.jpg
Selain Arif Aiman Hanapi, Harimau Malaya memiliki sandaran berbeza seperti Luqman Hakim Shamsudin.

Kepulangan penyerang itu disambut pertahanan kebangsaan, Harith Haiqal, mengakui kehadiran Arif Aiman dan Luqman Hakim sebagai duo yang mampu menghidupkan kembali aura pasukan menjelang kunjungan ke Nepal dalam kelayakan Piala Asia, Selasa depan.

Tatkala Harimau Malaya turut memiliki kelincahan Faisal Halim, Harith -- yang mengenali penggempur Negeri Sembilan itu sejak zaman akademi lagi -- menyambut baik kepulangannya ke pangkuan skuad negara.

Luqman Hakim yang menggantikan Jordan Mintah untuk kem latihan pusat kali ini kembali menyertai skuad kebangsaan selepas kali terakhir menyarung jersi negara ketika pertemuan menentang Singapura pada 2022.

"Dia ada sesuatu yang boleh menambah baik pasukan selain Arif Aiman (Hanapi). 




"Sesiapa yang mendapat peluang maka perlu berikan yang terbaik," katanya. 

Harith yang dijangka mengemudi barisan pertahanan negara bakal membentuk gandingan berbeza bertemu Nepal berikutan ketiadaan Shahrul Saad untuk tugasan kali ini.

"Dengan sesiapa sahaja saya digandingkan tiada masalah, saya sentiasa berikan yang terbaik. 

"Fokus saya ketika ini adalah pasukan kebangsaan sahaja," katanya lagi. 

Untuk rekod, pertahanan Selangor itu bergandingan di samping Shahrul dan Ubaidullah Shamsul Fazili dalam aksi terakhir bertemu Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bulan lalu.


 

Advertisement

Must Watch Video