Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Kembali ke pangkuan Harimau Malaya momen terindah -- Matt Davies

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matt-davies.jpg
Kapten Harimau Malaya, Matt Davies, menganggap peluang kembali ke pangkuan skuad negara sebagai momen terindah menerusi kejayaan menewaskan Nepal 1-0 dalam perlawanan kelima pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Ini selepas pasukan kebangsaan dipalit dengan isu luar padang membabitkan kes tujuh pemain warisan yang tampak memberi tekanan memuncak kepada barisan pemain negara.

Sebelum ini, pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terpaksa berehat selama tiga bulan gara-gara kecederaan betis dengan penampilan terakhirnya sebelum ini adalah ketika bertemu Vietnam pada Jun lalu.

"Ia rasa baik, saya rindu untuk bermain bersama pasukan ini, saya sentiasa berbangga dengan pasukan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kamu melalui tempoh setahun tanpa kekalahan dan terdapat banyak situasi luar padang tetapi ia sentiasa baik untuk berada bersama pasukan ini.

"Mereka semua membanggakan malam ini dan kami sudah beraksi baik sepanjang tahun ini.

"Sudah pasti saya berharap kita akan layak ke Piala Asia dan saya fikir kami telah melakukannya dengan amat baik.

"Saya harap kami dapat terus fokus dan boleh melakukan sesuatu yang istimewa. Saya amat bangga dengan pasukan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video