BOLA SEPAK
Kelayakan Piala Asia: Jumlah jaringan bukan ukuran utama aksi pemanas badan, kata Pan-gon
Kim Pan-gon tidak mengambil pusing berapa jumlah jaringan dalam perlawanan ujian berdepan Brunei bagi persiapan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.
Keutamaan pengendali dari Korea Selatan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi sebaliknya terarah kepada sejauh mana keberkesanan latihannya mampu membentuk corak permainan baru Harimau Malaya.
Mungkin masih ada beberapa pasukan kebangsaan terikut-ikut dengan ada terjadi rentak permainan lama, Pan-gon menuntut diberi ruang agar anak buahnya tidak terlalu awal dinilai memandangkan mereka sedang menyesuaikan diri.
"Saya cuba memahami pemain sementara pasukan lawan enggan mengatur serangan.
"Acap kali perlawanan terpaksa dihentikan, jadi apabila kami mula hilang rentak ia menjadi sukar," katanya selepas perlawanan.
Jurulatih sementara Brunei, Rosaman Samak, menganggap biarpun tewas 0-4, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana sedar kekurangan ketara yang ada dalam pasukannya ketika ini.
Namun, ada perkara positif yang boleh diteladani yang menyaksikan mereka terlalu berhati-hati untuk mengatur serangan ke arah gawang Malaysia.
"Saya tidak berani serang Malaysia sebab sudah beberapa kali bermain sedangkan Brunei baru bermula.
"Jadi saya bangga dengan pemain saya," katanya pula.