"Bangga jadi rakyat Malaysia."
Tonggak baharu 'Malaysian Abroad', Jon Irazabal, menjelaskan dia mempunyai susur-galur sebagai pemain berdarah kacukan yang sah untuk memperkuat skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia.
"Saya rasa bertuah dapat berada di sini dengan penyokong yang hebat.
"Sejak kali pertama dihubungi, saya sangat yakin dan mudah untuk mengambil keputusan ini.
"Peluang untuk mewakili negara untuk beraksi dalam kelayakan Piala Asia menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan mengujakan saya.
"Saya mendapati betapa semangatnya penyokong negara ini. Bola sepak di sini sebagaimana di Sepanyol, sangat menakjubkan," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Difahamkan pertalian darah itu melalui datuknya dan pertahanan kelahiran Sepanyol tersebut juga berkongsi keterujaan menjelang kemunculan pertama menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan.
"Segalanya berlaku dengan pantas, pasukan sudah pun memulakan kem latihan sebaik sahaja saya tiba.
"Selain tempoh persiapan yang singkat, cuaca di sini juga mencabar.
"Setiap hari kami mempamerkan kemajuan, keinginan untuk beraksi makin membuak-buak setiap hari.
"Walaupun keadaan sukar termasuk perlu menempuh perjalanan jauh, perubahan masa dan cuaca, persiapan kami semuanya berjalan lancar.
"Selain mempunyai kekuatan di udara, saya juga mempunyai elemen lain dalam permainan. Saya berharap dapat menjelmakan aksi dan sumbangan terbaik," katanya.