Ketua pasukan Harimau Malaya, Matthew Davies, menjelaskan tempoh persiapan kem negara berjalan lancar dengan semua pemain menumpukan sepenuh perhatian di bawah barisan kejurulatihan baru diketuai Peter Cklamovski.
Meskipun hanya lapan hari, namun pasukan kebangsaan dilihat sudah bersedia menghadapi Nepal sebagai perlawanan pembukaan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Iskandar Puteri.
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga mahu membalas kepercayaan Pemilik kelab juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sentiasa menyokong usaha meletakkan bola sepak Malaysia di peringkat tertinggi.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada kami.
"Daripada sudut pemain, kami berpuas hati dengan persiapan walaupun lapan hari sahaja menjalani latihan selain dapat menggunakan fasiliti bertaraf dunia di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam.
"Kami juga dapat mengetahui ilmu dan konsep baharu daripada barisan kejurulatihan yang baru.
"Insya-Allah, kami akan mendapat keputusan yang positif dan memulakan kempen ini dengan langkah kanan," katanya ketika sidang media sebelum sepak mula esok.

Pertembungan dua jurulatih dari Australia, Peter Cklamovski dan Matt Ross untuk aksi kelayakan Piala Asia Malaysia lawan Nepal. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/xTVTkoS0Ph
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 24, 2025