BOLA SEPAK MSIA

Kelayakan Piala Asia: Ini kesebelasan utama Harimau Malaya gempur Nepal

Saufi Tahir 25/03/2025 | 13:17 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mempertaruhkan skuad terbaiknya diketuai Matthew Davies menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar lagi.
Jentera serangan negara dibarisi Romel Morales, Arif Aiman, Endrick Dos Santos yang akan bertindak sebagai penggempur benteng pertahanan Nepal.
Turut mencuri tumpuan adalah debut pertama pemain warisan baru negara iaitu Hector Hevel yang bertindak sebagai jeneral tengah dibantu Nooa laine.
Benteng pertahanan negara adalah Syihan Hazmi (Penjaga Gawang), Shahrul Saad, Harith Haikal, Dion Cools, Matthew Davies dan Corbin Ong.
#Harimau Malaya