Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Indra Putra puji semangat juang Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ndra.jpg
Bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin, memuji anak buah Peter Cklamovski kerana terus fokus dan mempamerkan semangat juang tinggi ketika menewaskan Laos dalam Kempen Kelayakan Piala Asia 2027 meskipun berhadapan kemelut di luar padang ketika ini.

Dia beranggapan kem negara berada di landasan tepat untuk sekali lagi melayakkan diri ke kejohanan paling berprestij di pentas Asia itu.

Walaupun tanpa tujuh pemain Malaysia Abdroad yang dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kekosongan itu dibuktikan dengan pemain sedia ada apabila menonjolkan kualiti dan terbukti bersedia menggalas tanggungjawab yang diberi.

"Ini landasan tepat dengan beberapa perkara yang berlaku dan pemain-pemain fokus untuk aksi akan datang.

"Pemain yang ada cukup bagus apabila tidak terlalu terikut dengan perkara yang boleh merosakkan prestasi mereka.

"Saya rasa mereka telah pamerkan sesuatu yang baik dan contoh buat pemain akan datang." katanya.
HM

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video