Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales, menyifatkan dibolosi Laos dalam babak pertama pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi merupakan satu 'tumbukan yang amat keras' buat skuad kebangsaan untuk bangkit lebih garang dalam separuh masa kedua.
Romel sendiri bergelut untuk menemui jaringan sepanjang 45 minit pertama, di mana skuad negara dihukum dengan jaringan Chanthavixay Khounthoumphone pada minit ke-19 untuk ketinggalan menuju ke bilik persalinan.
Bagaimanapun, Harimau Malaya bangkit luar biasa menghasilkan lima gol dalam separuh masa berikutnya, bermula dengan gol penyamaan Faisal Falim pada minit ke-59, disusuli jaringan berganda Romel pada minit ke-65 dan 70, gol sendiri Khammanh Thapaseut (m-79) dan jaringan pantas pemain gantian, Paulo Josue, menuju ke penghujung permainan.
Romel berkata kejutan yang berikan Laos dalam separuh masa pertama membuatkan seluruh pasukan negara tersentak untuk membawa mentaliti lebih jitu dalam separuh masa kedua.
"Ia satu tumbukan yang amat keras buat kami, tiada siapa menjangkakannya," katanya ketika dipilih sebagai pemain terbaik selepas perlawanan itu.
"Kami cuba menguasai bola dan sudah pasti ia menjadi amat sukar. Kami perlu menjadi lebih bijak, terus fokus dan memberikan tumpuan bagi mencuba memenangi perlawanan.
"Apa yang penting, kami perlu menunjukkan perwatakan. Kami perlu memiliki mentaliti yang tepat untuk mengubah permainan dan memberikan segalanya untuk menjaringkan gol dalam babak kedua."
Dapatkan Sekarang

Satu Semangat, Satu Jersi
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.
Dapatkan Sekarang