BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Asia: Hector Hevel hampir pasti rekrut terbaru Harimau Malaya



Pemain kelahiran Belanda, Hector Hevel, bakal melaporkan diri untuk pasukan kebangsaan.
Perkembangan itu dikongsi kelab induknya di Portugal, Portimonense, yang mengumumkan kebanggaan mereka terhadap pemain tengah menyerang berusia 28 tahun tersebut yang terpilih untuk memperkuatkan Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2025 bertemu Nepal, 25 Mac ini.
Semalam, ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski, mendedahkan kelibat tiga pemain warisan yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Hevel memiliki pengalaman luas beraksi di beberapa negara termasuk Sepanyol serta China sebelum mewarnai liga Portugal dan sempat beraksi untuk lima perlawanan setakat ini.