Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim telah buktikan -- Safee Sali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safgee.jpg
Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, berpuas hati dengan pengalaman yang digunakan Faisal Halim ketika membantu kemenangan skuad negara menewaskan Laos 3-0 malam tadi.

Dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 itu menyaksikan Arif Aiman terlebih dahulu membuka tirai jaringan diikuti Dion Cools sebelum Faisal yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan gol ketiga negara untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Vientiane.


 



Peman berusia 27 tahun yang merupakan kapten Selangor itu dilihat kembali mendapat rentak terbaiknya selepas menjaringkan gol dalam tiga aksi terakhirnya bersama kelab.

"Pemain seperti ini yang memberikan impak kepada pasukan, masuk sekejap dan mengubah keputusan perlawanan. Faisal Halim telah membuktikan keyakinan dan pengalaman ketika bersama Selangor dan skuad kebangsaan.

"Bila diperlukan, dia akan memberikan khidmat terbaiknya." katanya.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan sekarang

Advertisement

Must Watch Video