BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Asia: Dua pemain warisan baru tiada banyak masa -- Pemerhati
Pemerhati sukan tanah air, Razman Roslan, menganggap kewibawaan dua pemain warisan baru negara, Hector Hevel dan Gabriel Moreno, sebagai satu misteri.
Bagiamanpun, dia tetap menaruh harapan tinggi untuk melihat kedua-dua pemain itu memberikan impak besar, baik daripada seri keserasian mahupun prestasi keseluruhan dan keputusan buat Harimau Malaya.
Menjelang aksi menentang Nepal dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam esok, Razman berkata Hevel dan Moreno perlu sedar peminat bola sepak tanah air mendahagakan peningkatan segera, sejajar dengan revolusi Harimau Malaya yang dirancang ketika ini.
"Mereka perlu faham penyokong pasukan kebangsaan mahukan impak segera dan mereka tidak mahu memberikan masa atau beri peluang ," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Bagi penyokong skuad kebangsaaan, apabila anda diberikan peluang, anda perlu membuktikan sesuatu.
"Itu yang dimahukan penyokong dan saya sendiri sebenarnya mengharapkan perkara sama kerana mereka merupakan pemain warisan dan kelibat mereka sebenarnya seperti pemain import."