Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Dion Cools sedia korban posisi kegemaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools-3_1.jpg
Ketua pasukan negara, Dion Cools, mengakui sedia melakukan pengorbanan dengan mengetepikan posisi kegemarannya iaitu pertahanan kanan dalam pertemuan menentang Nepal.

Pertahanan Cerezo Osaka itu tampak menjadi pilihan utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shahrul Saad di bek tengah -- dalam pertemuan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil -- tatkala skuad negara turut kembali diperkuatkan pertahanan kanan, Matthew Davies.

"Saya tidak begitu kisah asalkan dapat berikan sumbangan kepada pasukan negara. 

"(Hubungan kami rapat), kami sentiasa bersama-sama malah termasuk minum kopi.

"Kami mempunyai kumpulan pemain yang bagus dan serasi. 

"Harapnya kami dapat terjemahkannya kerana di atas padang keserasian juga amat penting.

"Semakin erat hubungan kami, lebih banyak kami dapat bercakap pasal bola sepak. 

"Adalah bagus kami dapat berkumpul, harap kami dapat tonjolkannya di atas padang esok dengan aksi menarik," katanya dalam sidang media hari ini. 




Kem Nepal, bagaimanapun, tetap anggap Harimau Malaya sebagai lawan handalan biarpun tanpa kelibat tujuh pemain warisan dalam pertembungan malam esok itu. 

Untuk rekod, dua daripada tujuh pemain warisan negara iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero dalam skuad negara ketika Nepal tewas 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Mac lalu.

"Walaupun tidak mengaturkan sebarang perlawanan persahabatan sebagai persiapan, Malaysia masih pasukan mantap. 




"Namun, kami akan memperagakan corak permainan sendiri," kata ketua jurulatih Nepal, Hari Hhadka.

Kapten The Gorkhalis, Kiran Kumar Limbu, juga berikrar mereka akan tampil lebih bersedia untuk pertemuan kali ini. 

"Pemain tempatan mereka bagus dengan liga berkualiti.

"Kami menghormati semua pihak tetapi kami bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu," katanya.
 
Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video