Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, menyasarkan untuk menamatkan tahun 2025 dengan nota kemenangan ketika berdepan Nepal dalam aksi kelima pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.
Sejak membimbing Harimau Malaya pada Januari lalu, pengendali kelahiran Australia itu telah mencatatkan rekod bersih tanpa tewas menerusi enam kemenangan selain satu keputusan seri ketika aksi persahabatan menentang Cape Verde di cheras pada Mei lalu.
Ujar Cklamovski, tempoh setahunnya bersama skuad kebangsaan telah menyaksikan peningkatan ketara Harimau Malaya, terutama daripada aspek taktikal dan disiplin pemain dalam memahami falsafah bolasepak moden yang cuba diterapkannya.
Untuk rekod, Malaysia kini memimpin saingan Kumpulan F dengan 12 mata maksimum hasil empat kemenangan.
"Kami melakukan apa yang biasa kami lakukan setiap hari," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Ia hari pertama (latihan) dan kami amat mahu beraksi bersama dan terus membina suasana harmoni.
"Melakukannya setiap hari dengan membina mentaliti dan suasana seperti itu, ia langkah terbaik untuk bersiap menghadapi perlawanan sukar yang kami mahu dapatkan tiga mata.
"Kami mahu menamatkan 2025 dengan cemerlang dan ia membuatkan semua orang teruja untuk kita berada di tangga teratas dan tidak pernah kalah.
"Secara fizikal, intensiti dan rentak dalam permainan sudah meningkat."
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang