Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Cklamovski masih berharap Natxo Insa dapat sertai latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

natxo-insa_1.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, masih berharap pemain tengah negara, Natxo Insa, dapat segera pulih untuk menyertai kem latihan kebangsaan menjelang aksi pembukaan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa depan.

Ini selepas tonggak warisan itu kelihatan akan terlepas pertemuan berkenaan gara-gara masih belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya sewaktu mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).

Natxo, 38, antara 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat kebangsaan sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun, kelibatnya masih belum kelihatan sehingga kini.

"Dia masih menjalani pemulihan secara individu," kata Cklamovski kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Ada situasi di mana dia boleh kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan dalam beberapa hari lagi tetapi ia pendekatan dari hari ke hari berdasarkan pemulihannya."
 

Advertisement

Must Watch Video