Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Ubaidullah terlepas persediaan awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ubaidillah.jpg
Lewat bukan alasan.

Kapten B-23 negara, Ubaidullah Shamsul Fazili, bertekad memberi sumbangan terbaik untuk misi kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok bulan depan.

Pertahanan Terengganu itu tidak sempat mengikuti keseluruhan sesi latihan bersama rakan sepasukan kerana mempunyai tugasan bersama kelab.

Begitupun, tonggak berusia 21 tahun itu percaya kehadirannya yang sedikit lewat dalam barisan Nafuzi Zain tersebut tidak menjadi masalah kerana berasakan sudah mencapai tahap kecergasan terbaik.

"Saya sentiasa bersedia.

"Tiada masalah saya lambat melaporkan diri kerana musim masih berjalan dan bermain dalam beberapa perlawanan Liga Super yang sedikit sebanyak membantu kecergasan saya untuk menghadapi aksi persahabatan. 

"Adalah normal panggilan kebangsaan (berlangsung) selama 2-3 hari berlatih dan terus ke kejohanan. 




"Saya sahut cabaran ini dan berikan yang terbaik untuk kelayakan akan datang," katanya. 

Ubai turut memasang hasrat memadam episod mengecewakan di Jakarta yang menyaksikan mereka tersingkir awal di peringkat kumpulan.

"Sudah tentu keputusan dalam Piala AFF B-23 mengecewakan. 

"Semua tahu objektif kami di Bangkok. 

"Kekalahan itu perlu diambil sebagai pelajaran dan kami perlu bangkit. 

"Kami perlu sedaya upaya layak ke Piala Asia B-23," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video