Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara hitung tiket naib juara

Shaiful Shamsudin
September 12, 2023 00:00 MYT
THAILAND 1 MALAYSIA 0
Jaringan tunggal Yotsakon Bhurapa menjadi jurang di antara skuad B-23 negara dan Thailand, sebentar tadi.
Dengan itu, skuad remaja Gajah Perang berkenaan automatik mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar pada tahun depan.
Sementara itu, Malaysia perlu bergantung kepada keputusan kumpulan lain untuk menempatkan diri dalam kelompok empat naib juara terbaik bagi melayakkan diri.
Dalam aksi getir Kumpulan H itu, barisan negara asuhan E Elavarasan bermula baik sebaik sepak mula tetapi dapat diimbangi tuan rumah yang beraksi di Stadium Chonburi.

Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | ?? vs ?? Gol!!! 20' Yotsakon Burapha#AFCU23 pic.twitter.com/3rY7ex5M8Q

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, kealpaan pada minit ke-20 menyebabkan pintu gawang negara dirobek apabila Yotsakon bijak menerpa sepakan lintang Pongsakorn Trisat yang gagal dicabar di udara oleh Harith Haikal termasuk dikuis keluar oleh penjaga gol, Sheikh Izhan Nazrel Sheikh Azman
Penyerang itu kembali mencemaskan kem negara menuju rehat tetapi kali ini kepalanya gagal menyambar umpanan dari sayap kiri.
Malaysia keluar dari bilik persalinan dengan rentak perlahan dalam mencari jaringan penyamaan selain mampu dipatahkan Thailand.
Peluang terakhir Malaysia di dalam kotak penalti hadir menerusi T Saravanan tetapi idea akhirnya dalam masa kecederaan menyebabkannya serta rakan-rakan sepasukan berputih mata.
#B-23 #Kelayakan Piala Asia B-23