BOLA SEPAK
Kelayakan Piala Asia B-23: Peluang skuad negara ke pusingan akhir lebih cerah
Pengurus pasukan B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menyifatkan peluang buat kem negara untuk melangkah ke pusingan akhir kelihatan cerah jika dibandingkan dengan negara lain yang diundi dalam kumpulan maut Kelayakan Piala Asia B-23 2024.
"Saya yakin tapi ia sukar sebab undian kumpulan memihak kami berbanding yang lain misalnya membabitkan Kuwait, Iraq, Timor-Leste dan Macau.
"Kalau kami tidak ambil peluang ini, rugi rasanya," katanya sebelum ke di Chonburi, Thailand, hari ini.
Iklan
Shahril turut percaya, kelainan corak permainan sangat ketara jika dibandingkan dalam dua kejohanan sebelum ini selain menyifatkan barisan kali ini adalah yang terbaik pernah dikumpulkan sepanjang dua tahun ini.
"Barisan ini sudah lama beraksi bersama-sama dan kalau mereka mempunyai gandingan yang tepat (prestasi mereka boleh menjadi).
"Ketika Piala AFF, Syahir (Bashah) bergelut tetapi apabila ada rakan-rakan lain, tampak tekanan itu reda sedikit dan dia berikan aksi terbaik dalam tempoh enam hari persiapan ini terutama dalam perlawanan ujian tertutup bertemu Taiwan.
"Banyak perubahan ditonjolkannya.
"Beberapa pemain kami juga sudah beberapa kali dipanggil dalam skuad kendalian Kim Pan-gon jadi sepanjang ini, saya lihat amat positif," katanya lagi.
Malaysia akan membuka kempen Kumpulan H bertemu Bangladesh Rabu ini diikuti Filipina dan Thailand.
Must-Watch Video