Malaysia menghidupkan peluang untuk mara ke Piala Asia B-23 setelah cemerlang mengatasi Mongolia dalam aksi kedua pusingan kelayakan di Bangkok pada Sabtu.
Kemenangan 7-0 yang dicatatkan oleh skuad muda Malaysia ke atas Mongolia ini dianggap penebus kekecewaan selepas tewas dalam perlawanan pembukaan kumpulan F pada Rabu lalu.
Pada aksi kali ini, Nafuzi Zain selaku jurulatih Malaysia B-23 tidak membuat sebarang pertukaran di dalam kesebelasan utama dengan Ubaidullah Shamsul kekal mengetuai barisan pemain.
Permulaan yang tidak diinginkan oleh pasukan muda negara apabila terpaksa kehilangan jeneral tengah, Haiqal Haqeemi yang dibawa keluar akibat kecederaan di bahagian lututnya seawal minit ke-7.
Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan di minit ke-12 hasil sepakan kencang Aliff Izwan di dalam kotak penalti setelah berlaku situasi kelam-kabut antara pemain Malaysia serta Mongolia.
2 minit kemudian, tonggak pertahanan, Aysar Hadi mencetak gol kedua buat skuad Malaysia B-23 menerusi satu tandukan deras yang mengatasi penjaga gawang Mongolia, Khan-Tegil Orgil.
Pintu gol Mongolia ini sekali lagi dibolosi buat kali ke-3 hasil tandukan Fergus Tierney yang tidak dikawal untuk memberi kelebihan untuk anak-anak didik Nafuzi Zain sebelum rehat.
Sebaik babak kedua bermula, Fergus Tierney melengkapkan hatrik beliau dengan dua lagi tambahan jaringan di minit ke-48 dan 49 sekaligus menjadikan kedudukan 5-0 buat skuad negara.
Skuad muda Malaysia ini bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan segera menambah jaringan ke-6 menerusi rembatan kencang Aliff Izwan pada minit ke-60 yang juga gol peribadi kedua beliau.
Pemain gantian, Ziad El Basheer turut tidak ketinggalan bagi mencatat nama selaku penjaring gol dengan tambahan satu lagi jaringan untuk memberikan tekanan hebat kepada lawan.
Aksi di Stadium Thammasat berakhir dengan keputusan 7-0 memihak Malaysia B-23.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan F akan berlangsung pada 9 September dengan Malaysia bakal turun menentang Thailand manakala Mongolia bertemu Lubnan pada sebelah petang.