Hasrat skuad B-23 Indonesia untuk layak ke Piala Asia B-23 di Arab Saudi tahun depan musnah sebaik tewas 0-1 di tangan Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan J, pusingan kelayakan di laman sendiri malam tadi.
Garuda Muda sedar mereka perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo itu untuk mengesahkan kelayakan tetapi misi berkenaan gagal direalisasikan selepas mereka dibolosi pada awal permainan.
Hwang Do-yoon meletakkan Korea Selatan di depan menerusi jaringan seawal minit keenam dan selepas itu, tiada sebarang gol terhasil sehingga ke wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan Korea Selatan layak ke kejohanan utama selaku juara kumpulan dengan sembilan mata dan Indonesia, meskipun menamatkan saingan di tempat kedua, gagal menempatkan diri selaku empat pasukan naib juara terbaik selepas hanya mengumpulkan empat mata.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang