Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: 'Kami mahu buktikan kami adalah skuad terbaik yang ada'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haqimi.jpg
Pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Haqimi Azim Rosli, tekad ambil segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sebagai pembakar semangat untuk membuktikan kemampuan selaku penyerang tempatan yang wajar diberikan perhatian.

Ujar tonggak Kuala Lumpur (KL) City itu, dia mahu menjadikan pentas Kelayakan Piala Asia B-23 sebagai medan untuk mendapatkan kembali prestasi sebenar, sekali gus memulihkan semula tahap keyakinannya.

Selain Haqimi, Harimau Muda turut membariskan Danish syamer, Izrin Ibrahim serta Nabil Qayyum di posisi serangan.

"Saya harus berusaha lebih lagi.

"Tahun ini saya banyak kecederaan, jadi saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan semula prestasi terbaik.

 

"Kelayakan Piala Asia ialah satu pentas besar.

"Saya mahu membuktikan kepada jurulatih dan rakyat Malaysia yang kami boleh melakukakannya.

"Kami akan membuktikan bahawa kami adalah skuad terbaik yang ada," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Pengendali pasukan, Nafuzi Zain, menggesa anak buahnya memanfaatkan sebaik mungkin dua aksi pemanas badan bertemu pasukan Timur Tengah, Kuwait dan Oman, sebaik mungkin sebelum memulakan kempen bertemu lawan sebenar, Lubnan, pada 3 September depan.

Meskipun diundi dalam kumpulan sukar, bekas jurulatih Kedah itu tetap percaya anak buahnya mampu mencipta kejutan untuk mara ke Piala Asia Arab Saudi 2026.

"Memang saya akui kami berada di kumpulan maut. 

"Tetapi, kami harus yakin dan memberikan persembahan terbaik.

"Saya berharap segala perancangan dan persediaan di Bangkok dapat membantu pemain menghadapi pasukan hebat.

"Ini adalah satu cabaran buat saya dan tanggungjawab yang besar. Saya harap dapat melakukan yang terbaik kepada negara," katanya di Nadi Arena.
Football Shoes

Bersedia Turun Padang

Kasut bola ringan & grip kuat untuk main dengan lebih yakin. Sesuai untuk training atau perlawanan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video