Selepas tewas kepada Lubnan, Malaysia kembali menghidupkan peluang ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) apabila mudah menewaskan Mongolia dalam perlawanan Kumpulan F Stadium Thammasat, Pathum Thani, sebentar tadi.
Kemenangan 7-0 itu adalah simbol kebangkitan anak buah Nafuzi Zain untuk mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Arab Saudi, tahun hadapan.
Seawal minit ketujuh, Harimau Muda terpaksa kehilangan tonggak tengah Negeri Sembilan apabila difahamkan mengalami kecederaan serius dan harus membuat pertukaran.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Aliff Izwan Yuslan, Aysar Hadi Mohd Shapri dan penyerang Sabah, Fergus Tierney, mencetak nama selaku penjaring untuk skuad muda negara mendahului 3-0.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, mencipta sensasi selepas melakar hatrik, sekali gus meletakkan Malaysia dengan jurang jaringan yang besar 5-0.
Jaringan keenam hadir menerusi Aliff Izwan pada minit ke-60 sebelum Ziad El Basheer Norhisham melengkapkan hari gemilang skuad kebangsaan untuk bersaing rapat dengan Lubnan dan tuan rumah, Thailand.
Aksi terakhir menentang Gajah Perang akan berlangsung pada Selasa depan dengan misi meraih kemenangan kedua.