Pengendali skuad Malaysia B-23, Nafuzi Zain, sudah bersedia dengan pelan terbaik untuk menghadapi situasi luar jangka tatkala menentang Thailand esok.
Aksi terakhir peringkat kumpulan F Kelayakan Piala Asia B-23 bakal menemukan antara Malaysia dan Thailand dengan tuan rumah miliki kelebihan satu mata.
Pertembungan esok penentu nasib pasukan muda negara selepas tumbang di tangan Lubnan minggu lalu sebelum merekodkan kemenangan besar 7-0 menewaskan Mongolia.
Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Thammasat dijangka akan dibasahi hujan lebat ketika mana cuaca di kota Bangkok tidak menentu dengan taburan hujan hampir setiap hari.
Nafuzi Zain sedar dengan situasi luar jangka seperti ini mahu para pemain untuk kekal bersedia sekiranya terpaksa beraksi di dalam hujan dan di atas padang yang basah serta bertakung.
”Kita tahu sekarang ini 2-3 hari (cuaca) hujan lebat, jadi kita kena bersedialah bermain dalam keadaan hujan,” ujar Nafuzi Zain ketika ditemui pada Isnin di hotel pasukan.
Tambahnya lagi, pendekatan yang sesuai bakal diterapkan kepada para pemain Malaysia B-23 agar pasukan dapat kekal beraksi dalam keadaan cuaca yang tidak dapat dijangka ini di venue.
“Kita tahu dalam keadaan hujan ini, bukan kita tak boleh main seperti biasa tetapi kita mungkin melihat cara yang sesuai untuk bermain dalam keadaan ini (hujan dan padang basah),” tambah beliau.
Aksi Thailand lawan Malaysia akan berlangsung esok di Stadium Thammasat dengan sepak mula perlawanan tepat jam 8:30 malam waktu Malaysia.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang