Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Anak buah Nafuzi Zain berdepan misi wajib benam Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-b-23.jpg
Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain, mengingatkan barisan pemainnya agar yakin dengan kemampuan sepasukan dan tidak gentar untuk menghadapi Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F, kelayakan Piala Asia B-23 2026, malam esok. 

Jelasnya, pemainnya perlu kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan di samping mengikuti segala percaturan yang telah direncanakan tatkala berdepan misi wajib menang untuk layak ke pusingan akhir di Arab Saudi, Januari depan.

Tanpa berselindung, pengendali berusia 46 tahun itu mengakui Gajah Perang adalah sebuah pasukan yang berkualiti, di tambah pula mereka bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Thammasat, Pathum Thani.

"Pemain dalam moral yang baik dan masih dalam pemulihan selepas perlawanan kedua. Pemain tampak fokus untuk perlawanan ini.





"Hampir kesemua Thailand terdiri daripada pemain yang bagus. 

"Dalam dua perlawanan lalu, mereka buktikan bahawa mereka sebuah pasukan yang kuat. 

"Kami kena bersedia, bertemu pasukan tuan rumah bukan satu tugas yang mudah.

"Jangan takut dan bermainlah seperti yang dirancang," katanya. 

Untuk rekod, kali terakhir Harimau Muda layak ke Piala Asia B-23 ialah pada 2024 di Qatar dengan pencapaian terbaik Malaysia ialah kemaraan ke suku akhir edisi 2018 di China.
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video