BOLA SEPAK
Kelayakan Piala Asia B20: Malaysia-Mongolia sama handal
Skuad B20 negara memulakan saingan peringkat Kumpulan E dengan keputusan seri selepas berjaya mengikat tuan rumah, Mongolia 1-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia B20.
Skuad kendalian Hassan Sazali Waras berjaya menampilkan aksi memukau dengan menuasai hampir keseluruhan perlawanan.
Gandingan Mohd Alif Farhan, Muhamad Aiysar Hadi dan juga Haiqal Hakeemi berjaya mengucar kacirkan pertahanan Mongolia.
Iklan
Bagaimanapun, kesilapan pertahanan negara menyaksikan tuan rumah diberikan sepakan penalti pada minit ke-24.
Mendahului 1-0 tidak menggugat serangan Malaysia, lima minit selepas perlawanan bersambung, Alif Farhan berjaya melakukan percubaan bahaya, namun sedikit tersasar.
Hanya empat minit selepas itu, Alif berjaya menebus kekecewaannya menerusi jaringan gol penyamaan hasil umpanan Najmudin Akmal.
Tiada jaringan tambahan selepas itu menyaksikan Malaysia meraih satu mata.
Must-Watch Video