BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia diikat Sri Lanka dalam aksi terakhir
MALAYSIA 1 SRI LANKA 1
Skuad B-19 negara menamatkan saingan Kumpulan E, pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan diikat 1-1 oleh Sri Lanka di Republican Central Stadium, Dushanbe sebentar tadi.
Dengan keputusan itu, peluang untuk layak ke kejohanan utama di China tahun depan sudah tertutup buat Harimau Muda, yang akan menamatkan kempen di tempat ketiga Kumpulan E dengan lima mata, tanpa mengambil kira keputusan di antara tuan rumah, Tajikistan, dan Oman sebentar lagi.
Iklan
Dalam pertemuan kali ini, Amir Farhan menjaringkan gol tunggal Harimau Muda pada minit ke-31.
Bagaimanapun, Sri Lanka, yang tidak menjaringkan sebarang gol sepanjang tiga perlawanan lalu, bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Johnjimron Harish pada minit ke-88.
Must-Watch Video