Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-20: Gemuruh satu petanda baik buat Malayan Tigress

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-tigress-b-20.jpg
Ketua jurulatih bola sepak wanita remaja negara, Cameron Ng, memberikan reaksi bersahaja merujuk kepada tahap motivasi terkini Malayan Tigress menjelang perlawanan pembukaan kelayakan Piala Asia B-20 2026 menentang Iran di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Sepanjang dua minggu lalu, skuad bimbingan Cameron itu menjalani sesi latihan intensif bagi berdepan cabaran getir skuad ampuh Iran.

Cameron mempunyai percaturan khusus bagi pertemuan pembukaan kelayakan itu dan ia hadir dengan bersyarat, kudrat dan keringat anak byahnya ditagih agar beraksi sehabis baik sekiranya mereka mahu melunaskan hasrat mencipta sebarang kejutan. 

"Sebagai jurulatih, saya juga gemuruh. 

"Tapi ia mengenai mengawalnya dan pemain sudah bersedia untuk beraksi. 





"Ini bermakna pemain mengambil berat. Mereka mahu beraksi dengan baik di depan penyokong sendiri. 

"Sudah tentu mereka gemuruh untuk bertemu pasukan handalan. 

"Kami mempunyai sudah rencana dan penyudahnya terpulang kepada pemain sendiri dalam melaksanakannya," katanya. 






Sementara itu, laungan keyakinan turut disuarakan kapten Malayan Tigress, Nur Dhiyaa Addin Zahari, bagi menterjemahkan taktikal jurulatih kepada bentuk persembahan terpuji esok. 

Ini merupakan antara penampilan pentas peringkat umur B-20 tahun terakhir buatnya sebelum beralih ke pasukan senior.

Atas dasar itu, Nur Dhiyaa mahu kem negara kekal relevan sepanjang pertemuan menentang Iran.

"Dalam tempoh dua minggu ini, kami semakin serasi dan kombinasi yang baik dengan rakan sepasukan," katanya pula.  
 

Advertisement

Must Watch Video