Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-20: 23 pemain negara bawa cabaran ke Mongolia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-b-19-hassan-sazali-waras.jpg
Senarai akhir bagi 23 pemain skuad B-23 (B-23) dimuktamadkan hari ini sempena kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, mulai Rabu ini.​

Berdasarkan senarai akhir berkenaan, pengendali skuad bawah 19 tahun, Hassan Sazali Waras, dilihat mengekalkan seramai 16 daripada 25 pemain daripada skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Indonesia 15 Julai lalu termasuk 10 daripada 20 pemain daripada skuad yang muncul naib juara Kejohanan Antarabangsa B-19 Thanh Nient Keempat di Vietnam, 11 Ogos lalu.

Untuk rekod, seramai lima pemain, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri, Danish Irfan Azman, Muhammad Izrin Ibrahim, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Aizat Aiman Mazlan, berada dalam skuad untuk kedua-dua kejohanan berkenaan manakala dua pemain baharu yang ditampilkan kali ini ialah Muhammad Marwan Abdul Rahman dan Oswyn Lim.


Senarai akhir bagi 23 pemain skuad B-23 (B-23) dimuktamadkan hari ini sempena kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, mulai Rabu ini.​
Skuad B-19 negara dijadualkan berlepas ke Ulaanbaatar pada malam ini.

Skuad B-19 akan memulakan cabaran dalam Kumpulan E berdepan tuan rumah, Mongolia, pada 14 September dan Sri Lanka (16 September) pada 5 petang manakala Republik Korea pada 18 September (12.30 tengah hari).

Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.



 

Advertisement

Must Watch Video