Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Reyes dari QPR perkuat Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Seramai 30 pemain telah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16 sebagai persiapan menjelang saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2026.

11 pemain yang dipanggil menyertai skuad kendalian Javier Jorda Ribera adalah dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang, empat dari SMK Taman Desa Skudai, Johor, dua dari SMK Ibrahim Fikri, Terengganu dan beberapa pemain lain daripada serata Malaysia.

Antara yang mencuri tumpuan pemain yang berpangkalan di luar negara seperti pemain Queens Park Rangers iaitu Reyes Shaqeel Emir Gnanalingam, Reyes Shaqeel Emir Gnanalingam, Kim Johan Nyo Tegnander (Fotballklubben Jerv), Mirza Arif Ewan Saufi (BISP Cruzeiro Football Academy) dan Keith Chan Hong Tao (Club de Futbol San Jose).





Kesemua pemain akan melaporkan diri di Akademi Mokhtar Dahari, Pahang bermula hari ini sehingga Khamis nanti.

Kelayakan Piala Asia B-17 2026 dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 30 November ini dengan majlis undiannya akan diadakan pada 7 Ogos 2025.

Advertisement

Must Watch Video