Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger kagum dengan Harimau Muda, semua mahukan Malaysia menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dollahsalleh.jpg
Pengurus skuad bawah 16 tahun negara (B-16), Datuk Dollah Salleh, mendedahkan aksi pasukan bimbingan Javier Jorda Ribera, mendapat pujian daripada bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger, ketika menghadapi FIFA Youth Series di Zurich, Switzerland bulan lalu. 

Ini berdasarkan corak permainan bertenaga skuad muda negara walaupun tewas dua daripada tiga perlawanan kepada Tunisia dan Paraguay dalam anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu.

Mereka berjaya menamatkan kempen di tempat kelima apabila menundukkan Guatemala 1-0 pada aksi terakhir. 

Biarpun hanya mencatatkan satu kemenangan, kejohanan itu memberi pengalaman berharga buat pemain menjelang Kelayakan Piala Asia B-17, hujung tahun ini.

Dan misi mencari kelompok tonggak terbaik diteruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Australia, Julai ini. 

Mereka akan menyertai Kejohanan Emerging Socceroos dan Emerging Matildas anjuran Persatuan Bolasepak Australia, sekali gus menjadi pasukan antarabangsa pertama dijemput ke kejohanan berkenaan.

 

"Walaupun tidak ke final, tetapi prestasi sangat membanggakan. Jika dibandingkan dengan pasukan lain, Malaysia kekal konsisten.

"Arsene Wenger sendiri hadir menyaksikan kesungguhan anak buah, meluahkan kegembiraan melihat kebolehan individu dan teknikal. Semua mahukan Malaysia menang," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video