Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Arif Aiman bergegas ke Riyadh selepas Harimau Malaya atasi Laos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

airf-aiman_1.jpg
Bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, dilaporkan tidak dapat menyertai keraian skuad negara sebaik menewaskan Laos 5-1 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Sebaliknya, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan pemain sayap itu bergegas ke lapangan terbang untuk ke Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), yang akan berlangsung esok.

Terdahulu, Arif Aiman pada hujung bulan lalu disenarai pendek sebagai calon pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan AFC bersama pemenang Kasut Emas Piala Asia 2023 dari Qatar, Akram Afif, dan bintang Arab Saudi, Salem Al Dawsari.
   
HM

Satu Semangat, Satu Jersi

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video