Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Apa yang kami bina sangat istimewa -- Cklamovski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, berkongsikan hubungan yang dibina dalam skuad kebangsaan sejak hari pertama kehadiranya sehingga kini sebagai 'sangat istimewa'.

Selain misi meneruskan momentum untuk meraih tiga mata, jurulatih berusia 47 tahun itu turun menyatakan bahawa kondisi pemain berada dalam keadaan terbaik untuk membawa cabaran negara dalam aksi kelima Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal esok.

Advertisement

"Kami bersedia, pemain dalam keadaan baik daripada aspek mental fizikal.

"Mereka (Nepal) bertukar jurulatih beberapa minggu lalu, mereka lawan yang sukar. Paling penting adalah bagaimana kami mengawal permainan. Kami hanya mahu mempamerkan aksi bola sepak terbaik kepada penyokong.




 

"Mereka dilihat sangat bermotivasi, kami menghormati mereka. Penting buat kami mempamerkan aksi terbaik untuk menginspirasi negara.

Ketika ditanya mengenai kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dalam skuad kebangsaan, dia berkongsikan: "Kami sudah memerhati prestasi dia sejak dia kembali ke Liga Super, dia pemain yang bagus dan mempunyai potensi seperti pemain lain.

"Daripada hari pertama sehingga sekarang, proses sangat menjanjikan. Para pemain sangat menginsipirasi saya. Apa yang kami bina sangat istimewa.


 


 

 

Sementara itu, Cklamovski dengan ringkas turut menyatakan "Ya" ketika ditanyakan mengenai jangkaan dia akan terus memacu skuad negara tahun depan atau sebaliknya.

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Must Watch Video