Penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, menjadi kebanggaan kelab Colombia, America de Cali, selepas mencetak satu gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam, malam tadi.
Holgado yang berketurunan Malaysia melalui neneknya perlu menempuhi 30 jam perjalanan untuk menyertai skuad kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Keputusannya memilih tugasan antarabangsa menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penyokong America de Cali yang menuju peringkat akhir kempen musim ini.
Sejurus kemenangan malam tadi, pemain berusia 29 tahun itu segera terbang ke Colombia untuk kembali memperkuatkan kelabnya berdepan Junior pada Isnin ini.