Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Akhyar Rashid dicabar kembali menangi tempat bersama Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
Seramai 26 pemain menjalani latihan hari pertama kem latihan pusat Harimau Malaya di Pusat Latihan Padang Seri Gelam semalam. 

Bagaimanapun, sesi itu tidak disertai pemain di luar negara, Gabriel Palmero, sementara penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, terpaksa diketepikan ekoran masalah kesihatan.

Tempat Rahadiazli digantikan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman tatkala tumpuan turut terarah kepada Arif Aiman Hanapi dan Nazmi Faiz Mansor yang turun berlatih lebih awal berbanding pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang lain.

"Ia memberi gambaran mengenai pembangunan individu dan program individu dalam usaha mencapai permainan terbaik mereka. 

"Arif Aiman dan Nazmi akan berlatih berada di luar kem program, tahap fizikal mereka akan dilaporkan dan mereka akan mula berlatih bersama pasukan hari ini. 






"Perubahan akan berlaku apabila pemain-pemain lain juga mula melaporkan diri," kata ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski.

Cklamovski turut sempat mengulas mengenai keputusannya tidak menyenaraikan Akhyar Rashid untuk kem latihan pusat kali ini dan ini penjelasannya. 

"Saya harap Akhyar mengambil kekecewaan ini sebagai dorongannya pada masa depan. 

"Apa yang penting adalah apakah tindakan selanjutnya. Dia perlu buktikannya dalam beberapa bulan lagi kerana kami memerlukan khidmatnya," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video