Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia 2027: Nepal bukan lawan mudah -- pemerhati bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal.jpg
Pemerhati bola sepak negara, S. Subramaniam, memberi amaran buat skuad kendalian Peter Cklamovski, Nepal bukan lawan yang boleh dianggap mudah.

Keampuhan pemain berpengalaman di bahagian tengah Nepal, Rohit Chang dan penjaga gol, Kiran Chemjong, mampu jadi gunting dalam lipatan merujuk kepada aksi terkini mereka bertemu Singapura tempoh hari.

Itu antara waspada utama buat skuad negara, aksi pertama malam ini perlu disudahkan dengan langkah kanan

Dengan perjuangan mengulangi pencapaian ke piala asia ketika era Kim Pan-gon, Cklamovski miliki sepenuh sokongan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Umum mengakui persediaan latihan hanya dalam tempoh lapan hari sahaja namun tuntutan kemenangan dalam aksi pertama adalah wajib.

Advertisement

Must Watch Video