PIALA ASIA
Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia harus layak kerana itu adalah harapan peminat -- Setiausaha Agung AFC
Tiada cara lain, sebaliknya harus mencuba sedaya upaya bagi memastikan slot ke Piala Asia Arab Saudi 2027 berjaya diperoleh bagi memartabatkan semula bola sepak negara.
Selepas proses penstrukturan skuad Harimau Malaya seiring dengan revolusi yang diterapkan, tiada alasan buat skuad kendalian Peter Cklamovski untuk layak ke pentas tertinggi Asia itu.
Malaysia perlu menjadi juara kumpulan untuk mengisi enam kekosongan selepas 18 pasukan sudah mengesahkan tempat lebih awal termasuk negara jiran, Indonesia.
"Selepas beraksi di Qatar tahun lalu, saya rasa Malaysia terpaksa melayakkan diri kerana itu adalah harapan daripada peminat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan perubahan yang dilakukan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, serta sokongan kerajaan Malaysia, inilah peluang terbaik yang perlu digunakan," kata Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John.
Sementara itu, modul kelayakan yang berbeza beri tekanan buat semua pasukan yang mengharungi pusingan terakhir ini.
Situasi ini berpunca daripada keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membuka lebihan slot untuk mewakili Asia ke Piala Dunia 2026.