Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia dijangka terlepas pot 1

Ammar Hakim
Oktober 15, 2024 18:46 MYT
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal mengeluarkan ranking terbaru secara rasmi esok.
Dengan kekalahan 0-4 Malaysia di tangan New Zealand di Stadium North Harbour merumitkan lagi keadaan dengan jangkaan bakal berlaku penurunan ranking sekaligus menghalang hasrat Malaysia berada di pot 1 bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027.
Menerusi congakan kasar, hasrat makin tipis walaupun Malaysia mampu mencipta kemenangan dengan India dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 bulan depan.
"Kekalahan tersebut ternyata menyaksikan Malaysia bakal kehilangan mata dalam kedudukan ranking FIFA," kata bekas pertahanan negara, Asmawi Bakiri.
"Bertemu India Malaysia perlu memastikan keputusan menang atau seri bagi mengelak lebih banyak potongan mata."
Merujuk aksi semalam, jurang perbezaan di antara pemain negara dengan New Zealand yang di barisi beberapa pemain yang berkelana di Eropah cukup besar.
Itu adalah hal utama yang perlu diteliti ketua jurulatih negara, Pau Marti, yang melihat dengan jelas situasi semasa skuad negara ketika ini.
#bola sepak #Malaysia
;