Kelebihan kemudian menjadi kriteria utama pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, menjelaskan badan induk benua itu mengambil kira situasi COVID-19 dengan pusingan tersebut akan diadakan pada tiga tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8, 11 dan 14 Jun 2022.
"Oleh kerana kita sekarang dalam tempoh pandemik dan salah satu kriteria penting yang kami tekankan ialah kesihatan dan keselamatan.
"Ini termasuklah kapasiti menjalankan ujian calitan "PCR" dan jika ada kes COVID-19 dalam pasukan, ada kemudahan untuk merawat," katanya di Nadi Arena.
Tambahnya lagi, semua peserta dari luar tidak perlu menjalani kuarantin memandangkan AFC menetapkan ia dijalankan secara karnival liga sepusingan.
Enam venue telah ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu
.
Selain Malaysia, lima lagi negara yang terpilih ialah India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan.
"Kami mendapatkan pengesahan daripada dokumen yang dapat apabila pasukan dan pengadil tidak perlu menjalani kuarantin kerana kejohanan akan dijalankan secara gelembung sukan," katanya lagi.
Harimau Malaya berada dalam balang tiga undian Kelayakan Piala Asia 2023 bersama Afghanistan, Yaman, Myanmar, Maldives dan Indonesia dan kesemua 24 pasukan ini akan diundi dalam enam kumpulan.
Hanya juara kumpulan dan lima pasukan naib juara kumpulan terbaik akan dapat tiket beraksi di pusingan akhir bagi menyertai 12 pasukan daripada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 yang telah mengesahkan tempat lebih awal dalam edisi di China pada tahun depan.