Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala AFC B-23: Skuad remaja diseru teruskan momentum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aliff-izwan-yuslan.jpg
Pengendali skuad B-23 negara, E. Elavarasan, menagih anak didiknya agar kekal fokus dan tidak terbawa-bawa dengan emosi hasil membenam Bangladesh 2-0, semalam. 

Skuad remaja yang mengharungi aksi pertama Kumpulan H kempen kelayakan Kejohanan AFC 2024 di Chonburi semalam dituntut agar mengekalkan momentum kemenangan dan seterusnya merealisasikan impian utama sebelum boleh meraikan sebarang kejayaan yang penuh dengan simbolik.

"Barisan lawan bertahan dengan baik dan kami cuba yang terbaik untuk menghasilkan gol. Bukan mudah untuk mendapatkan jaringan.

"Tahniah kepada pasukan kerana beraksi sebagai sebuah unit dan dengan objektif utama pasukan sentiasa tersemat di minda," katanya selepas perlawanan. 

Sementara itu, jaringan cantik mengukuhkan nama Aliff Izwan Yuslan membuktikan percaturan Elavarasan untuk mempertaruhkannya adalah satu keputusan yang tepat dan dia dilihat berkeyakinan untuk menggempur kubu Filipina dalam perlawanan kedua Sabtu ini.

"Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang sentiasa membantu saya hingga dapat menjaringkan gol pada hari ini. 




"Saya merupakan anggota termuda skuad ini jadi sebab itulah saya berasa sangat gembira. 

"Kami mahu menang dan melolosi peringkat seterusnya.

"Kami jalani pemulihan dengan baik dan bersedia untuk menghadapi perlawanan berikutnya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video