EPL
Kelayakan Liga Persidangan Europa: Hibernian akui Aston Villa dalam kelas tersendiri
HIBERNIAN 0 VILLA 5
Lee Johnson akur bahawa Hibernian ibarat menentang Aston Villa yang berkualiti seperti manusia luar biasa ketika pengurus itu menyaksikan barisannya dibelasah 5-0 dalam Liga Persidangan Europa di Easter Road, awal pagi tadi.
Ia adalah perlawanan Eropah pertama buat kelab dari Midlands itu dalam tempoh 13 tahun dan play-off pertama kelayakan mereka yang dijanakan menerusi tiga gol tandukan oleh pemain antarabangsa England, Ollie Watkins, dan pemain Jamaica, Leon Bailey.
Iklan
Watkins melakar hatriknya tiga minit sebaik permainan bersambung disusuli jaringan kelima oleh Douglas Luiz melalui sepakan penalti pada minit ke-74 menjelang perlawanan timbal balik di Villa Park, minggu depan.
Ia adalah perlawanan kompetitif ke-500 Johnson dalam bidang pengurusan dan dia cuba meletakkan kekalahan itu dalam konteks positif untuk mengalihkan perhatiannya ke kancah tempatan pula.
Dia berkata: “Saya rasa kami mempunyai sekumpulan pemain yang sangat bagus dan jujur. Saya mempercayai mereka dan setiap hari mereka memberikan yang terbaik.
“Ada jurangnya. Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) kini hampir mencapai status luar biasa dalam bidang sukan. Ia adalah kancah super elit dari seluruh pelusuk dunia dan itulah yang anda dapat.
“Ini adalah satu pengalaman yang bagus dan saya tidak fikir ia akan menjejaskan keyakinan kami untuk menghadapi Livingston.
“Tetapi pemulihan fizikal sangat penting bagi kami kerana kami adalah pasukan yang perlu menggunakan kuasa larian dan fizikal kami di tahap kami maksimum.
“Saya masih berbangga dengan kelab kerana mampu berada di tahap ini dan di peringkat ini. Realitinya ialah kami mempunyai bajet liga divisyen satu Inggeris berbanding Aston Villa yang bertaraf antarabangsa yang hebat.
“Sudah jelas terdapat jurang, saya tidak boleh menafikannya.
“Dalam babak pertama, kami masih mampu berbangga dan kelihatan seperti kami mampu memenangi untuk separuh masa. Kami bermula dengan baik tetapi masih ketinggalan, kemudian itulah perbezaannya -- sekali kali terleka, satu kesilapan di kedudukan yang buruk, satu hantaran berkualiti dan penyudah yang hebat.
“Kami pernah bertemu kelab EPL pada masa lalu, kami tidak boleh membuat sebarang kesilapan posisi kerana kami boleh dihukum.
“Jadi saya harap ini satu pengalaman yang baik kerana pengajarannya boleh menjadi panduan.
"Kami boleh berkembang dengan mencontohi kualiti kesukanan, sentuhan dan taktikal yang disajikan Villa pada malam ini.”
Must-Watch Video