Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Liga Persidangan Eropah: Fiorentina ketepi khidmat Sofyan Amrabat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sofyan-amrabat.jpg
Ketiadaan Sofyan Amrabat dalam skuad Fiorentina yang akan berentap dengan Rapid Wien dalam perlawanan kelayakan Liga Persidangan Eropah, tengah malam ini, menguatkan khabar angin bahawa pemain tengah itu bakal memuktamadkan masa depannya dalam waktu terdekat. 

Fiorentina -- yang bertandang ke Rapid Vienna untuk pertemuan pertama play-off kempen Eropah itu -- turut mengetepikan Amrabat ketika membuka kempen Serie A hujung minggu lalu. 
 
Tatkala kelibat bintang Maghribi itu dikaitkan ke Manchester United, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan perlu melepaskan pemain -- yang antaranya menyebut Donny van de Beek dan Scott McTominay -- sebelum memperkasakan bahagian tengahnnya selain khidmatnya turut menarik minat Liverpool. 

 

Advertisement

Must Watch Video