Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, menyenaraikan 27 pemain bagi menjalani kem latihan pusat bermula Ahad ini sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Kejohanan AFC 2020 di Stadium Shah Alam dari 22 hingga 26 Mac ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan pemain yang terlibat dengan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana pada Ahad ini (10 Mac) dikehendaki melapor diri keesokannya (11 Mac).
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa (12 Mac) pula dikehendaki melapor diri pada Rabu (13 Mac).
Mengulas lanjut mengenai pemilihan pemain, FAM berkata Kim Swee mengekalkan 21 pemain yang beraksi dalam Kejohanan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu dan hanya menggugurkan dua pemain, iaitu Nabil Hakim Bokhari dan Danish Haziq Saipul Hisham.
Bagi melengkapkan senarai 27 pemain itu, Kim Swee telah memanggil enam pemain baru, termasuk empat pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe dalam Piala Suzuki AFF 2018, iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari, serta dua lagi pemain, iaitu Danial Amir Norhisham dan Faisal Abdul Halim.
"Kalau mengikut statistik saya sejak awal latihan sewaktu Piala Newspaper pada Disember 2018 sehingga hari ini, seramai 44 pemain telah dipanggil. Jumlah 27 yang diumumkan hari ini adalah yang terbaik dan diharapkan mereka mampu bermain lebih baik. Sudah tentu kami mahu melangkah ke peringkat seterusnya," ujar Kim Swee.
Skuad B-22 kebangsaan akan menjalani latihan selama tujuh hari sebelum diuji dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad B-22 Australia pada 17 Mac dan senarai akhir 23 pemain bagi membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan akan dinamakan selepas itu.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J akan bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac, diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac dan China dua hari kemudian. Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 bersama tuan rumah, Thailand, manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.
Sebelum ini, Malaysia ketika turut dibimbing Kim Swee layak ke pusingan akhir buat kali pertama dalam Kejohanan B-23 AFC 2018 di China dan berjaya mencipta sejarah melangkah ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Korea Selatan.
Senarai 27 pemain:
Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Syamer Kutty Abba, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Hariz Kamarudin (JDT), Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Danial Haqim Draman, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Azli Nik Alias, Damien Lim Chien Khai (Kelantan).
Kogileswaran Raj, R. Dinesh, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Muhamad Azri Ab Ghani, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir, Muhammad Danial Amier Norhisham (Felda United), Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC).
Evan Wensley Wenceslaus, Ariusdius Jais (Sabah), Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) K. Thivandaran (PJ City FC), Muhammad Amirul Ashraf Ariffin (UiTM FC), Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak), Muhammad Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC II) dan Muhammad Syahmi Safari (Selangor).