EPL
Kelayakan Euro B-21 : Lee Carsley cabar Harvey Elliott rebut posisi tetap Liverpool
Pengurus England bawah 21 tahun, Lee Carsley, melemparkan cabaran buat Elliott selepas pemain tengah Liverpool itu meledak dua gol ketika Young Lions menundukkan Ireland Utara 3-0 di Goodison Park.
Rakan sepasukan The Reds, Tyler Morton, yang dipinjamkan ke Hull terlebih dahulu membuka jaringan ketika anak buah Carsley merekod ‘rutin’ kemenangan dalam aksi kelayakan Euro 2025.
Elliot kini mencatat lima jaringan dalam Kumpulan F dengan Enland kini di kedudukan kedua di belakang Ukraine dan Carsley hanya mahu melihat lebih banyak gol yang sama.
Iklan
Dia berkata: “Ia penting untuknya terus menterjemahkan gol dan melakukan bantuan jaringan kerana dia berkemampuan.
“Statistik dan datanya adalah sangat tinggi daripada segi aksi menyerang di dalam kotak penalti, tambah pula jumlah peluang yang dicipta buat rakan sepasukan namun yang lebih penting adalah kadar kerjanya dan cara dia meletak tekanan pada lawan.
“Kebanyakan pemain hanya mahu kekal dalam persaingan.
“Pastikan anda sentiasa cergas, sikap yang baik dan cuba menjadikan diri anda boleh dipilih.
“Kemudian, sebaik anda diberi peluang, ambillah. Untuk menjadi pemain muda dan bermain dalam Liga Perdana minggu demi minggu adalah bukan mudah. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar.
“Dia sertai ke kem latihan dengan sangat cergas dan cekap. Dia hanya tahu melakukan perkara yang betul. Saya juga lihat dia telah memberikan impak yang sangat baik secara berterusan apabila dia membantu Liverpool”.
Morton membuka tirai jaringan selepas 31 minit apabila dia menyeludup masuk kawasan lawan dari bahagian tepi kotak selepas Ireland Utara mensia-siakan peluang emas mereka.
England hanya perlukan lima minit sebaik masuk babak kedua untuk Elliott meledak sepakan percuma dari jarak 25 ela.
Berbaki 10 minit perlawanan, pemain berusia 20 tahun itu mudah menggandakan jaringan hasil hantaran cantik Morton untuk menumbangkan penjaga gol, Josh Clarke.
Must-Watch Video